Banjir dan penyebab denggi di Pandan Mewah...
Alkisah....
Pada masa yang sama saya tidak suka juga pada seorang yang mengaku dirinya sebagai Datuk. Pandan Mewah ini ada seorang lelaki tua yang bergerak aktif dalam arena politik. Cita-citanya adalah satu ingin menjadikan kawasan Pandan Mewah ini sebagai kawasan asing dalam pembentukan cawangan Umno yang baru. Jika tercapai cita-cita ini, maka kawasan ini akan menjadi miliknya dan mempunyai hak-hak istimewa atas apa-apa jua kehendak hatinya. Kawasan ini tidak lama lagi akan ada sebuah hospital yang akan didirikan. Diatas sebab inilah maka orang ini teringin benar kawasan ini menjadi miliknya.
Tujuannya
Dengan adanya hospital ini, maka potensi kawasan untuk mencari duit akan lebih cerah dan bermakna buatnya. Pasar malam yang dahulunya di khaskan untuk penduduk Pandan Mewah telah dikutip olehnya, Tukang bersihnya di "kontrakkan kepada anaknya". Kuli-kulinya dikalangan rakan sebayanya.
Akibatnya...
Kebersihan? Jangan ceritalah pantang ada hujan lebat sikit, habis banjir di Blok 1 tuh. Bukan apa saya melihat banyak kereta-kereta tengelam jika empunya kereta tidak sedar. Tak perlu hujan yang lebat untuk merugikan pemilik kereta malang itu. Ini kerena sampah pasar malam yang tidak dibersihkan sebaik mungkin ditambah timbunan sampah yang disorokkan di merata-rata tempat menyumbat lubang air terbabit untuk saliran. Peruntukan untuknya telah disapu bersih oleh orang ini.
Berikut merupakan gambar-gambar contoh yang sempat saya paparkan
DIANTARANYA ADALAH....
.jpg)
Longkang tersumbat ini menjadi punca utama kebanjiran yang melanda kawasan ini. Gambar ini diambil dari dalam bas bersama menantu saya.
*****************************************************************
.jpg)
Seperti sungai adanya. Walaupun nampak cetek namun boleh menengelamkan sebuah kereta Proton Iswara sehingga ke paras cermin pandang sisi.
*****************************************************************
.jpg)
Nasib baiklah gambar ini diambil waktu saya dan menantu saya telah mengubahkan kereta Proton Iswara putih saya, jika tidak ntahlah. Ini juga boleh dipanggil Sungai Pandan Mewah 'ala kilat'.
*****************************************************************
.jpg)
Pondok buruk bekas tempat saya berniaga dahulu. Gambar ini diambil dari jauh kerana tidak mahu 'orang gila' ini nampak saya. Lihatlah bagaimana motor ini tenggelam. Kedudukan motor ini berada dihujung kawasan banjir dan paling cetek. Pondok buruk ini menyimpan berbagai seribu satu rahsia semasa saya berniaga roti canai dahulu. Dari mula membenci sehingga menjadi 'balaci' orang gila ini dan kembali bergaduh semula.
*****************************************************************
.jpg)
Tong sampah yang ditinggalkan olehnya. Jika tidak silap saya pasar malam disini adalah hari rabu dan gambar ini diambil oleh menantu saya semasa melawat anak saya pada hari ahad yang lalu. Tong sampah ini merupakan tumpukan sampah yang sengaja ditinggalkan. Bayangkan longgokan ini telah 4 hari berlalu. Inilah punca utama penyebab kebanjiran disini. Maka jangan hairanlah jika tempat ini diwartakan sebagai kawasan denggi tertinggi dikawasan Pandan. Jika ada kematian maka orang ini mestilah dipersalahkan. jika boleh seret orang ini ke mahkamah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home